Cinta Si Lelaki.

meow versi macho. (source : gugel)
Assalamualaikum.
Amboi tajuk… Kelass noks!.
Ahad lepas (Ahad bila entah aku dah lupa sebab entry ni masuk draft okbaibai) aku beli majalah Remaja. Lama dah kot tak beli majalah tu. Sebab jujur kata, isi dalam dia macam sama aje tiap-tiap bulan. Pusing-pusing yang itu juga isunya. Okay, tiada terasa hati ya?. Tapi untuk bacaan jarang-jarang itu adalah okay jugak. Suka dengan majalah ini sebab berwarna-warni. (bukan aku peminat hitam putih sajakah? jengjengjeng)
Aku tertarik dengan satu ruangan dalam bahagian Realiti Hidup. Ada satu kotak kecil di ruang tersebut bertajuk – Berhati-hati jika si dia… Wah macam suspen gitu kan?. Mari aku senaraikan apa point-point dia.
i) Mengarahkan kamu melaporkan setiap agenda yang ingin kamu lakukan. Si dia akan marah sekiranya kamu gagal berbuat sedemikian.
ii) Tidak suka sama sekali jika kamu keluar bersama-sama insan yang bernama lelaki kecuali dirinya sahaja.
iii) Naik marah tidak tentu fasal dan tidak mempunyai alasan yang logik dan kukuh untuk membuatkan dirinya menjadi seperti itu.
iv) Sangat pandai memujuk serta mengambil hati kamu setelah dia memarahi & memaki hamun kamu tanpa sebab.
v) Cuba mengasingkan kehidupan kamu bersama teman-teman sebaliknya kamu perlu memperuntukkan keseluruhan masa kamu hanya bersama si dia.
vi) Mempunyai sikap panas baran yang tidak terkawal.
vii) Sudah mula bermain sumpah bahawa dia tidak akan pernah menyakiti hati kamu lagi.
viii) Sangat suka untuk menghulurkan pertolongan atau saranan kepada kamu tanpa disedari, si dia sebenarnya sedang mengaturkan kehidupan kamu, cuba fikirkan………
ix) Sudah mula melakukan perbuatan seperti menyentuh atau mengeluarkan kata-kata yang kurang senonoh.
x) Suka memaksa tetapi secara halus tanpa kamu sedari dengan cara merayu-rayu sehingga membuatkan kamu mula rasa menjengkelkan. (hanya jika kamu sedari).
Ambik kau aku copy bulat-bulat.
Wah!. Adakah anda mengalami situasi-situasi berkenaan?. Kebiasaannya pelaku adalah si bf & si mangsa adalah si gf. Betul kan?.
Tak tahulah apa motif si bf kan. Tapi mungkin si bf bertindak terlebih protective adalah disebabkan sayang yang melampau yang mana dia rasakan si gf hanya miliknya seorang. Padahal tahukah si bf yang si gf berhak untuk hidup bebas seperti wanita-wanita lain?. Berhak berkawan dengan sesiapa selagi mereka tidak disyaki berlaku curang?.
Mengikut kata-kata mereka yang berpengalaman lebih dari aku (malas nak cakap lebih berusia nanti terasa kakakakah) , semua do’s & dont’s waktu bercinta itu bersifat sementara aje. Bila dah kahwin, kau tau lah laki kau tu macammana. Nak ajak keluar pun payah. Bila belum kahwin kemain lagi dia yang merajuk kalau kita taknak ikut dia keluar. Nampak?. Tapi bila diusulkan perkara sedemikian pada si bf, si gf mesti dapat jawapan seiras sejibik sejibun camni kan;
“Alah tu orang lain, i tak macam tu punya. Percayalah!”
Ada?. Dan si gf pun tersenyum bahagia mendengar janji si bf itu. Ada?.
Kesimpulannya ; Wahai perempuan sila berhati-hati dengan lelaki. Anda ada kebebasan bersuara. Suarakan selagi terdaya & termampu.
Babai!.
sumber : Remaja 15april2011
| Print article | This entry was posted by annadzirah on 30/04/2011 at 10:13 pm, and is filed under CINTA, LELAKI. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


